Wednesday, February 10, 2010

Budaya kita

Kadang-kadang abe terfikir kenapalah selepas berlaku sesuatu insiden yang trajis dan menyayat hati semua manusia di negara kita ni melatah dan seterusnya mengambil tindakan samada membuat kajian susulan ataupun mengambil tindakan undang-undang.Sebenarnya abe merujuk kepada kepada kejadian kecelakaan jalanraya yang berlaku di lebuhraya utara selatan yang mana telah meragut ramai nyawa manusia malahan kalau diikutkan kronologi ianya berlaku selang beberapa hari saja tetapi punca utama adalah motor lori yang meletakkan kenderaan di "lorong kecemasan" tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lain di jalanraya... mungkin pada hemat pemandu lori tu "peduli apa, bukannya aku mati". tetapi apa yang dikesalkan setelah puluhan nyawa melayang baru lah penguatkuasaan berjalan dan manusia mula memberikan pendapat dan pandangan bagaimana untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berulang dan bukannnya membuat kajian awal untuk memastikan kejadian tersebut boleh diminimal.Namun "nasi dah jadi bubur", tidak boleh mengubah apa-apa pun...Pada pandangan abe sepatutnya penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan yakni cekap dan berkesan perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang terlibat bukannya setelah sesuatu insiden tersebut berlaku.Kejadian sebegini tidak boleh disalah kepada pihak berkuasa dan pemandu motor lori sahaja tetapi pengguna lain juga perlu lebih berhati-hati bagi memastikan kejadian seumpama tidak berulang lagi.