Wednesday, February 3, 2010

Gaji Anggota Polis Naik Lagi

Alhamdulillah.. semua anggota Polis melompat kegirangan tanpa mengira kedudukan pangkat kerana hari ni adalah hari 'Durian Runtuh' buat mereka semua. Abe rasa teruja memandangkan penat lelah dan pengorbanan mereka menjaga keamaanan dan kedaulatan negara mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan, tahniah buat semua warga PDRM. Semoga dengan kenaikan sebegini dapat merangsang lagi produktiviti dari aspek kualiti dan kuantiti anggota. Namun begitu adakah benar sekiranya dengan kenaikan ini dapat mengelak dari gejala 'suapan' dari mereka-mereka yang dipanggil 'lembu'. Abe percaya salah satu dari tujuan pihak kerajaan memberikan kenaikan ini ialah untuk menghalang anggota dari terjerumus ke lembah hina tadi. Dari pendapat abe walaupun sedikit rezeki yang diperolehi oleh seorang manusia sekiranya dimulakan dengan nawaitu akan mendapat keberkatan dari Allah dan kalau sebanyak mana pun rezeki tersebut kalau tidak mendapat keberkatan maka sudah pasti tidak mencukupi juga. Dan sememangnya anggota PDRM amat bertuah setelah mendapat ganjaran tersebut terutama sekali semasa negara dilanda kegawatan ekonomi sedangkan dalam waktu yang sama anggota perkhidmatan awam lain terpaksa berjimat cermat dengan melaksanakan perbelanjaan yang cukup berhemah bagi memastikan kelancaran tadbir urus dan operasi.