Tuesday, February 16, 2010

Musim buang Anak

Salam sejahtera.. semenjak dua menjak ni segelintir manusia dah hilang akal dan kewarasan dek kerana malu, takut dan tak bertanggungjawab telah sanggup membuang bayi mereka ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya bahkan ada manusia yang sanggup membuang bayi yang tidak bernyawa di bawah jambatan, di dalam tong sampah dan yang terkini membakar bayi tetapi yang tidak sedap didengar adalah ramai pula manusia yang melatah disebabkan isu ini ada yang berpendapat mereka mempunyai "shelter" untuk menusia yang terlibat dengan masalah sebegini manakala ada juga yang berpandangan agar dikenakan hukuman berat kepada menusia yang terlibat.. mengedarkan risalah dan poster di sekolah, IPTA dan tempat-tempat yang sentiasa berlaku gejala sosial dan maksiat. Namun bagi abe 'meluntur buluh biar dari rebung' dan 'mencegah lebih baik dari merawat' bermakna pemantauan dan pendisplinan anak-anak hendaklah bermula sejak awal lagi.. ini lah tanggungjawab keluarga yang paling utama dan tanggungjawab masyarakat juga dalam usaha untuk membasmi 'wabak' baru dalam masyarakat kita. Bagi abe sekiranya kita menyediakan payung selepas masalah sosial telah pun berlaku bermakna dalam masa yang sama kita menggalakkan mereka-mereka yang terlibat dalam 'wabak' ini untuk terus bergiat tanpa sebarang halangan.

Wednesday, February 10, 2010

Budaya kita

Kadang-kadang abe terfikir kenapalah selepas berlaku sesuatu insiden yang trajis dan menyayat hati semua manusia di negara kita ni melatah dan seterusnya mengambil tindakan samada membuat kajian susulan ataupun mengambil tindakan undang-undang.Sebenarnya abe merujuk kepada kepada kejadian kecelakaan jalanraya yang berlaku di lebuhraya utara selatan yang mana telah meragut ramai nyawa manusia malahan kalau diikutkan kronologi ianya berlaku selang beberapa hari saja tetapi punca utama adalah motor lori yang meletakkan kenderaan di "lorong kecemasan" tanpa memperdulikan keselamatan pengguna lain di jalanraya... mungkin pada hemat pemandu lori tu "peduli apa, bukannya aku mati". tetapi apa yang dikesalkan setelah puluhan nyawa melayang baru lah penguatkuasaan berjalan dan manusia mula memberikan pendapat dan pandangan bagaimana untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berulang dan bukannnya membuat kajian awal untuk memastikan kejadian tersebut boleh diminimal.Namun "nasi dah jadi bubur", tidak boleh mengubah apa-apa pun...Pada pandangan abe sepatutnya penguatkuasaan dan pemantauan yang berterusan yakni cekap dan berkesan perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa yang terlibat bukannya setelah sesuatu insiden tersebut berlaku.Kejadian sebegini tidak boleh disalah kepada pihak berkuasa dan pemandu motor lori sahaja tetapi pengguna lain juga perlu lebih berhati-hati bagi memastikan kejadian seumpama tidak berulang lagi.

Tuesday, February 9, 2010

Cerita Pasai Parking

Sekarang ni ramai dah umat manusia yang mampu memiliki kereta tak kira yang berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi semuanya mempunyai kenderaan sendiri tapi yang malangnya petak parking yang disediakan tidak mamadai malahan tidak cukup dek kerana umat manusia berlumba-lumba membawa kereta sendiri ke pejabat..tambahan pula dengan kenderaan jabatan yang tidak disedia petak khas menambahkan lagi masalah yang sedia ada kerana kenderaan jabatan ini meletakkan kenderaan di petak yang sama sebagaimana kenderaan persendirian. tapi yang lebih malang adalah mereka yang disediakan petak khas terpaksa pula "menolak" kereta manusia lain kerana ingin memasuki petak yang disediakan khas untuknya. Mereka yang meletakkan kereta dibelakang kereta orang lain ini bukanlah calang-calang orangnya.. berpendidikan, matang dan lebih-lebih lagi berjawatan juga. Tapi mereka ini kalau dinilai dari kriteria tadi sememangnya seorang manusia yang lengkap segalanyanya namun apa yang kurang adalah "toleransi".. ini lah bab yang paling sukar kerana kepentingan diri lebih dari segala-galanya menyebabkan berlakunya masalah, walaupun tidak lah seserius mana tapi ia boleh diibaratkan umpama api dalam sekam.. bahaya tu.

Wednesday, February 3, 2010

Gaji Anggota Polis Naik Lagi

Alhamdulillah.. semua anggota Polis melompat kegirangan tanpa mengira kedudukan pangkat kerana hari ni adalah hari 'Durian Runtuh' buat mereka semua. Abe rasa teruja memandangkan penat lelah dan pengorbanan mereka menjaga keamaanan dan kedaulatan negara mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan, tahniah buat semua warga PDRM. Semoga dengan kenaikan sebegini dapat merangsang lagi produktiviti dari aspek kualiti dan kuantiti anggota. Namun begitu adakah benar sekiranya dengan kenaikan ini dapat mengelak dari gejala 'suapan' dari mereka-mereka yang dipanggil 'lembu'. Abe percaya salah satu dari tujuan pihak kerajaan memberikan kenaikan ini ialah untuk menghalang anggota dari terjerumus ke lembah hina tadi. Dari pendapat abe walaupun sedikit rezeki yang diperolehi oleh seorang manusia sekiranya dimulakan dengan nawaitu akan mendapat keberkatan dari Allah dan kalau sebanyak mana pun rezeki tersebut kalau tidak mendapat keberkatan maka sudah pasti tidak mencukupi juga. Dan sememangnya anggota PDRM amat bertuah setelah mendapat ganjaran tersebut terutama sekali semasa negara dilanda kegawatan ekonomi sedangkan dalam waktu yang sama anggota perkhidmatan awam lain terpaksa berjimat cermat dengan melaksanakan perbelanjaan yang cukup berhemah bagi memastikan kelancaran tadbir urus dan operasi.

Tuesday, February 2, 2010

Salam Sejatera

Alhamdulillah.. hari ini pejam celik dah masuk pun bulan februari,sekejap saja masa berlalu dan tahun 2010 dah pun masuk bulan kedua dan umur kita pun akan bertambah setahun lagi.. makin kita berumur semakin kita banyak berfikir tentang kehidupan kita yang penuh dengan ranjau dan dugaan. Namun dengan halangan tersebut membuatkan kita matang dalam semua aspek kerana kita berjaya menempuhinya dengan hati yang tabah dan bertawakkal kepada Allah S.W.T.