Sunday, January 24, 2010

Terengganu menang

Semalam 23 Januari 2010 pasukan bolasepak Terengganu turun melawan pasukan Selangor atau lebih dikenali sebagai 'Red Giant', mendengar kepada gelaran saja dah cukup untuk membuatkan pasukan lain merasa gerun untuk bermain tambahan pula dengan kemenangan Selangor ke atas pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan untuk merebut Piala Sumbangsih.. pasukan Selangor mampu lagi meraih kemenangan walaupun pasukan Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama. Ini lah keupayaan mental pasukan yang di gelar 'Red Giant'. Namun begitu pada perlawanan menentang Terengganu semalam gergasi merah seakan tidak lagi mampu meratah sang penyu yang bermaharajalela untuk memenangi perlawanan tersebut dengan 4-0. Tahniah dan syabas diatas kejayaan pasukan Terengganu. Walaubagaimanapun apa yang abe kesalkan adalah gelagat penonton yang terlampau teruja sehinggakan masih lagi berlaku kekecohan seperti membaling botol minuman dan sebagainya yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlaku sebarang perkara yang diluar batasan.. bukannya apa kadang kadang imej negeri dan persatuan perlu di utamakan bahkan abe rasa pihak persatuan juga tak mampu untuk membayar denda sekiranya berlaku insiden yang diluar jangka.

2 comments:

  1. Terengganu kalah pulok denge pasukan NS. Gitu le abe 'cerita bola'. Leburnya rekod tanpa kalah Terengganu.

    ReplyDelete
  2. Kadang-kadang bila kat kampung sendiri kita sentiasa jadi HERO.. namun bila lawan tempat orang..itulah jadinya bukannya apa semangat perlawanan di tempat orang tak sama dengan tempat sendiri.

    ReplyDelete