Thursday, January 28, 2010

Salam Sejahtera

Alhamdulillah.. hari ini abe telah kembali ke pejabat setelah menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur. Pada pagi tadi terfikir tak nak mengarang dalam blog abe ni tapi selepas menatap akhbar sinar banar hari ini tersentuh hati terpandang dua jasad manusia kembar yang maut akibat kemalangan jalanraya saling berpelukan di jalan raya. Masyallah.. tak dapat abe bayang kan bagaimana perasaan kedukaan keluarga arwah namun yang dapat untung adalah sinar yang telah mensensasikan berita tersebut di muka depan akbar harian tersebut. Kita sebagai manusia sepatutnya lebih sensitif dan peka dengan keadaan tersebut jangan lah kerana nak untung kita terus ambil tindakan tanpa memikirkan perasaan orang lain.. mereka juga manusia sebagaimana kita.Seandainya perkara sedemikian berlaku kepada manusia yang mensensaikan berita tersebut maka perasaan yang sama akan menyelubungi dan akan menjadi trauma selamanya dalam hidup beliau.

Sunday, January 24, 2010

Terengganu menang

Semalam 23 Januari 2010 pasukan bolasepak Terengganu turun melawan pasukan Selangor atau lebih dikenali sebagai 'Red Giant', mendengar kepada gelaran saja dah cukup untuk membuatkan pasukan lain merasa gerun untuk bermain tambahan pula dengan kemenangan Selangor ke atas pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan pembukaan untuk merebut Piala Sumbangsih.. pasukan Selangor mampu lagi meraih kemenangan walaupun pasukan Negeri Sembilan mendahului pada separuh masa pertama. Ini lah keupayaan mental pasukan yang di gelar 'Red Giant'. Namun begitu pada perlawanan menentang Terengganu semalam gergasi merah seakan tidak lagi mampu meratah sang penyu yang bermaharajalela untuk memenangi perlawanan tersebut dengan 4-0. Tahniah dan syabas diatas kejayaan pasukan Terengganu. Walaubagaimanapun apa yang abe kesalkan adalah gelagat penonton yang terlampau teruja sehinggakan masih lagi berlaku kekecohan seperti membaling botol minuman dan sebagainya yang berkemungkinan boleh menyebabkan berlaku sebarang perkara yang diluar batasan.. bukannya apa kadang kadang imej negeri dan persatuan perlu di utamakan bahkan abe rasa pihak persatuan juga tak mampu untuk membayar denda sekiranya berlaku insiden yang diluar jangka.

Wednesday, January 20, 2010

Situasi Trafik di KT

Sejak abe menetap di KT suasana trafik makin berubah.. bilangan kenderaan yang menyusuri jalanraya telah meningkat dengan pesat. Ini jelas bukan setakat waktu puncak saja tapi di awal pagi kelihatan warga kota Bandaraya Kuala Terengganu berebut-rebut untuk sampai ke destinasi masing-masing, dalam keadaan begitu masih ada yang 'memotong Q' tanpa memikirkan keselamatan diri dan penumpang terutama anak-anak yang yang seronok untuk ke sekolah. Ini lah sikap masyarakat kita yang sentiasa mengejar masa tanpa memperdulikan keselamatan diri, keluarga dan orang lain. bahkan ada yang seronok sangat dan ada yang ego sampai jalan raya yang sepatutnya 2 line saja telah bertambah menjadi 3 line. Kadang-kadang abe tak faham mengapa ini harus terjadi..ya lah sebagaimana pedoman orang tua-tua yang berkata 'beringat sebelum kena, dah kena... baru kita sedar, tapi dah terlambat semuanya. Dan itu lah realitinya kita sebagai manusia, namun begitu apa yang yang penting adalah niat kita dan displin semasa memandu Wallahualam.

Tuesday, January 19, 2010

Salam Perkenalan

Alhamdulillah..hari ni abe amat bersyukur ke hadrat Allah S.W.T di atas kurnian rezeki yang tidak terhingga kesaat ini. Dan dengan rezeki tadi abe berpeluang dapat mencetuskan blog ini untuk kita sama-sama berkongsi pendapat, idea, pandangan, masalah dan apa saja yang difikirkan boleh membantu kita semua memahami sesuatu perkara selagi ianya tidak melanggar peruntukan Undang-Undang Malaysia. Akhir kata abe ucapkan Selamat Ber'Blog' untuk semua.Sekian, terima kasih.