Tuesday, July 27, 2010

SMSYPians


Tahun 2010... setelah hampir 26 tahun akhirnya satu pertemuan tidak rasmi telah berlangsung pada 12 Jun 2010 jam 0830 pm di Dataran Damar Kuala Krai, Kelantan dalam suasana yang mesra memandangkan semua kawan kawan termasuk abe telah pun melangkaui 40an. Semuanya telah matang dalam kehidupan dan mempunyai kerjaya serta keluarga sendiri. bayangkan lah setelah suku abad berlalu.. baru abe perasan bahawa Gagasan 1Malaysia yang telah dilancarkan oleh PM telah pun dipraktik oleh kami semua pada suatu masa dahulu iaitu Semangat Perpaduan antara kaum di Malaysia. Dan abe masih ingat lagi kalau dulu kami boleh sama-sama berkongsi minuman antara satu sama lain, betapa eratnya hubungan kami. Itu adalah antara kisah silam yang menggembirakan semasa di zaman persekolahan. Namun sekarang semuanya dah berkeluarga.. hanya masa yang telah memisahkan kami semua. Walaupun kehadirannya tidak memberangsangkan namun suasana kemesraan antara setiap kawan-kawan amat bermakna sekali.

Sunday, June 20, 2010

"Kerajaan Negeri Terengganu memperuntukkan sebanyak RM300,000 bagi melaksanakan program bulan madu kali kedua yang diadakan kepada pasangan sudah berkahwin dan mempunyai konflik dalam rumah tangga sebagai satu usaha menyelamatkan institusi kekeluargaan." Statistik menunjukkan perceraian di Malaysia masih rendah dari segi bilangannya, namun ia terus bertambah iaitu dari 2006 sebanyak 19,463 kes kepada 25,426 kes perceraian bagi 2008. Renung-renung...

Wednesday, May 19, 2010

SantuariGajah



Dalam perjalanan balik dari rumah mentua di RPT Kesedar Limau Kasturi, Gua Musang ke Kuala Terengganu pada cuti hari pekerja tempohari abe singgah di Santuari Gajah di Hulu Terengganu.. sempadan Felda Aring, Gua Musang untuk melihat anak gajah. Terdapat dua ekor anak gajah di situ yang diberi nama Suria; berumur 10 tahun dan Seri; berumur 3 tahun. Keduanya amat menarik kerana jinak bermain dengan setiap pelawat yang berkunjung ke situ. Suria tidak takut pada manusia tetapi Seri agak gelisah apabila manusia menghampirinya. Santuari ini tidak mengenakan sebarang bayaran.. malahan menurut kata penjaga sekiranya pengunjung melawat selepas pukul 4.30 petang, mereka dibenarkan untuk menaiki gajah yang bernama Suria.

Tuesday, May 18, 2010


alahai lamanya rasa tak mengarang.. hampir 2 bulan dah rasanya, bukan tak nak tetapi kesibukan tugasan harian yang menghimpit dan bukannya masa 24 jam yang di anugerahkan Allah S.W.T tak memadai tetapi disebabkan kurang bijak menguruskan masa maka 24 jam masih lagi tidak mencukupi; ditambah pula idea yang kian berkurangan.. abe rasa perlu di jana lagi. dalam 2 hari abe cukup senang dengan kehadiran teknologi maklumat dalam hidup kita seharian terutama sekali fb yang telah membantu abe untuk bertemu kembali secara maya dengan kawan kawan seangkatan semasa form 1k smsyp kuala krai kelantan. setelah bertahun tahun lamanya p/s kalau nak kira lambat jugak ni.. akhirnya fb telah mempertemukan kami secara maya. ini lah form 1khas tahun 1980, kalau tak silap projek pertama rancangan khas untuk pelajar pintar tidak termasuk abe la tu sebab abe slow sikit.. diesel engine lambat panas, kawan yang lain dah pecut awal awal lagi walau bagaimanapun abe ucapkan tahniah kepada kawan kawan yang berjaya ke oversea dan IPTA serta menjawat jawatan tinggi dalam gomen dan swasta. abe amat berbangga sekali dapat berkawan dan bersama walaupun dalam masa yang singkat kerana ada diantara kawan kawan yang pecut bermula dari srp dan ada yang pecut semasa spm dan ada yang pecut semasa stpm. TAHNIAH buat semua !!!

Sunday, March 28, 2010

believe or not

hari ni abe terkejut besar.. sungguh tak di sangka rezeki datang bergolek hanya menerusi sms saja dah dapat pun RM 10k dari syarikat Power Root Sdn. Bhd. siap dengan ucapan tahniah lagi. yang mengherankan abe adalah mobile number yg hantar sms lain dari number yg perlu dihubungi untuk menuntut 10k tersebut. La... rupa nya ada manusia yang ingin mengaut keuntungan dengan menggunakan taktik menipu sedemikian rupa, malahan ada juga manusia yg dah pun tertipu dengan kemanisan sms tersebut. Oleh itu berhati-hati.. jangan sampai kita yg rugi, barfikir dua kali tak salah tetapi jika terus buat keputusan ianya akan menjadi satu bebanan yang tidak tertanggung oleh diri sendiri. Beringat lah supaya anda tidak menjadi mangsa kepada sms seperti ini..

dugaan hidup

abe amat bersyukur hari ini dapat menikmati kehidupan yang penuh 1001 ragam samada gembira.. senang hati... sedih dan susah hati. Namun kekadang cabaran dan dugaan akan datang juga dalam kehidupan kita walaupun kita merasakan ia hanyalah sebahagian daripada resam hidup. Walau apa pun dugaan dan cabaran tersebut serta seberat mana sekali pun terpaksa juga menghadapinya tak kira pahit atau manis nya. Abe mengharapkan sentiasa berfikiran positif dan memandang jauh kehadapan dengan anugerah minda oleh Allah S.W.T menjadikan abe seorang yang tabah dan berani menghadapi dugaan dan cabaran tersebut. mampukah abe? itu persoalannya sekarang..

Wednesday, March 24, 2010

100 days

alhamdulillah genap 100 hari abe berada di JPM.. Lepas balik dari kursus asas selama 2 minggu abe mengadakan taklimat khas untuk anggota dan bermula satu era baru dalam hidup abe. Rezeki yang Allah S.W.T anugerahkan dan seiringan dengan usaha, abe amat bersyukur dengan kedudukan abe setakat ini.. insyaallah kalau ada rezeki dan umur panjang abe tak nak menapak di tempat ini dengan hanya menunggu masa untuk pencen. Impian abe adalah untuk menjadi "yang terbaik di kalangan yang terbaik" insyaallah. Setelah hampir 4 minggu abe tidak menulis diruangan ini rasanya semacam ketandusan idea untuk memberikan pendapat dan pandangan tentang sesuatu isu yang berkeliaran dalam masyarakat namun abe cuba juga dan alhamdulillah hari ni bermula penulisan abe. Semoga selepas ini akan bertambah lagi idea mengenai gelagat manusia dalam masyarakat kita melalui pemerhatian dan seterusnya di olah dalam bentuk penulisan.